Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia kpd sume pembaca blog ni. Terimak kasehhh krn sudi mlawat blog nieyhhh. Blog nieyh merupakan pandangan peribadi aku. Xde kne mngene ngan sesape. Harap sudi bce blog nieyh.. Klu korg nk chat, tkn kat gamba katun tgh tuu. K, slmt membaca.:-P
Sedikit rujukan
Klik gambar kartun diatas utk:
Gambar pertama: Blog
Gambar kedua : Profile
Gambar ketiga : Chatbox
Gambar keempat: Link
Gambar kelima : X yah tekan pown x per
Friday, September 25, 2009 \\ Kiamat 2012. Betul ke???
HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.. Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
(Artikel dari seorg sahabat. Semoga penulis diberkati Allah)
Benarkah kiamat berlaku pd 2012. Wallahualam. Itu cuma jangkaan. Memang kita banyak menjangka bila berlaku kiamat. Tapi xde satu pown btul. Igt x dulu seorg pengarah filem Inggeris buat filem pasal kehancuran dunia pd thn 1999? Adakah betul2 berlaku? Sampai sekarang kita masih hidup. Nampaknya kali ni skali lg diorg buat andaian yg memandai. Siap bly kluar filem n hadis lg.Isy3......
Sebenarnya, ini cuma andaian dr Kaum Mayan sahaja. Kaum Mayan adalah salah satu kaum orgasli kat Amerika Tengah!. Mmg x dinafikan mrk maju dr segi bidang astrologi. Tp cuba kita igt, seorg Ilmuwan Islam, Az- Zarqali yg juga dikenali sbg Arzechel oleh org barat, juga mahir dlm bidang astrologi, tp xde plak dia andaikan kiamat berlaku thn bila. Mungkin kalender mrk menunjukkan pd 21 Dis 2012 akan berlaku kiamat. Tp masalahnya, diorg dah hidup lebih 1000 thn. Kalender Maya dengan sistem ini dimulai bertepatan dengan tanggal 11 Ogos 3114 Sebelum Masehi. Setelah 5126 tahun kemudian, Kalender ini akan berakhir pada tanggal 21 Disember 2012. Ini sbb diorg dah hidup lama. Betul sgt ke kalender diorg tu?. Lgpun sape diorg yg bley nk tentukan bila kiamat? Tuhan? Atau nabi?
Rakan2, manusia sudah di'setkan' oleh Allah dgn byk sifat kekurangan. Tiada manusia yg tau mengenai kiamat. Hatta Malaikat Jibril A.S sendiri, apb ditanyakan oleh Rasulullah S.A.W mengenai hari kiamat, beliau x tau. Inikan pula kita, hamba yg kerdil, hina, serta jahil ini. Adakah kita mempunyai ilmu yg lebih tinggi dr Jibril?
Menjelang pilihanraya ,memang kita biasa terdengar akan masalah yang berlaku di dalam negeri dibawah pentadbiran PR.Ini memang lumrah,kerana memang kita tahu Bn juga punya agenda.Oleh kerana semua yang dilakukan Bn tidak diterima rakyat,maka tujuan utama Bn ialah dengan memesongkan pandangan rakyat dengan isu yang berlaku di dalam negeri yang di tadbir PR.
Kita lihat Selangor, paling banyak tekanan,banyak kejadian yang diselesaikan.Rasanya kes siasatan SELCAT ini patut di dedahkan, secara terbuka,namun dalam beberapa perkara ada juga pandangan bagi menjaga aib pegawai kerajaan yang terpaksa melakukan dan mengikut arahan pihak tertentu semasa menjalankan tugas.Ini betul dan terpaksa di lakukan oleh pegawai kerajaan. Namun bagi pihak PR pula, janganlah mengeluarkan kenyataan menghentam pimpinan yang lain, atau mungkin akhbar arus perdana Bn sahaja yang memainkan isu ini.Itu sebenarnya yang kita faham.
Kes bermula apabila Dato Dr Hassan Ali menegur pihak SELCAT yang sedang menjalankan siasatan tetang ketelusan dan intergriti penguasa Selangor dalam menjalankan kewajipan terhadap rakyat negeri itu.terdapat beberapa keraguan dan kebocoran yang amat banyak dibawah pentadbiran Khir Toyo.
Sedikit sahaja perbalahan iaitu terguran Dr Hassan berhubung dengan cara siasatan di jalankan.Cuma isu ini diperbesarkan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa DAP dan PKR tidak sehaluan dengan PAS.Ini haruslah disedari bahawa pilihanraya kecil Bagan Pinang menjelang tiba dan keburukan yang kononnya berlaku di dalam kerajaan PR menenggelamkan kebaikan PR dan melindungi Khir Toyo dan barisan pimpinannya selama ini.Jadi isu ini jelas iaitu pilihanraya kecil untuk menawan hati rakyat.
Oleh kerana rakyat kini sudah semakin celik,dan bijak , sudah tentu tindakan ini akan dilihat sebagai mainan Bn semata-mata.Rakyat dapat menilai isu ini dan akhirnya isu ini akan di selesaikan dengan baik.Untuk menang hati rakyat bukan dengan memburuk-buruk kan parti lawan dengan adu domba,tetapi cuma inilah sahaja caranya untuk meruntuhkan pakatan pembangkang di negera ini kerana rakyat melihat PR lebih boleh di percayai dari bn sendiri.
Salam lebaran buat semua. Aku x update blog aku dlm 3 or 4 hari ni. Balik kampong (laptop xde,hehehe...). Insyaallah akn ada liputan khas beraya di kampung slps ini.
Demam raya sudahpun kembali. Nampaknya Ramadhan sudah mula meninggalkan kita dan Syawal sudah mula menjelma. Jgn main2. Penangan demam raya ni lebih teruk dr demam FIFA or demam H1N1. Demam ni melanda kat sume kaum muslimin yg sudah berhempas pulas berlapar selama sebulan. Kira happy la ni......
Alhamdulillah, thn ni aku dpt bersama menyambut lebaran dgn family aku. Waktu2 ni aku terfikir, macam manala anak2 yatim dan org2 fakir miskin sambut raya. Mesti tak semeriah ni. Time tu jugak aku teringat kat kwn baik aku yg baru shj kehilangan arwah ayahandanya Ogos yg lepas. Semoga dia dpt bersabar atas musibah yg menimpa.
Mak dgn adik aku sibuk dok buat operasi yg dipanggil OPS Raya (istilah aku sendiri tu...). Yela, hari raya sumer nk baru. Langsir baru, baju baru,, kasut baru, pendek kata sume baru. Pelik aku. Aku rasa raya ni samer jer dgn cuti lain. Pastu x kan stiap kali cuti nk tuka kain langsir sume tu??. Ish3.
Ha... sudah. Jauh dah melalut ni.
X pe, kita sambung pada topik kita td. Ape dia? Haa.. demam raya. Berbalik pd topik dmm raya, aku rasela (pandangan aku s'diri ni. X tau btol ke x), rakyat Malaysia (especially MELAYU!!!!!) mmg obses pasal raya terutama kaum2 Hawa (rilek kaum Hawa. Jgn marah). Sambutan raya dibuat agak grand. Bg diorg, raya merupakan masa terbaik untuk habeskan duit. Klu x caye, tgk kat shopping2 comlex. Byk brg yg dah abes.
Inilah dia satu fenomena yg mmg sinonim bila dkt2 nak raya. Pembaziran tahap melampau (atau dlm bahasa MTSNA ialah thp dewa). Ini merupakan satu tabiat yg x bagus. Kita ni raya nak kembali pd fitrah, bukan mentakedarah. Isy3. Ekonomi kan tgh merosot (gune ayat sorg tu, klu tuan ayat ni baca, jgn marah ye...)lg ni. Kang x pasal2 raya mkn pasir kang, sape susah???
So, pesanan dr penaja (buat lwk la pulok), JANGAN MEMBAZIR DI BULAN YG MULIA NI!!!!. Beli kelengkapan ala kadar je. Jgn terlampau over.
Tanpa kita sedari Masa terus berlalu Pantas meninggalkan bulan suci
Sebulan yg lalu Terdengar sayup sayup Suara azan di balik syafak ghurub Azan yg membawa erti Bermulalah bulan suci Bulan yg diimpi setiap para solihin Bulan yg di dlmnya tersembunyi Seribu bulan di mlm hari
Terkesima ku seketika Mendengar suara imam muda Mengalun selawat ke ats baginda Disusuli solat 8 rakaat pula Mengingati tuhan yg maha esa
Masih ku ingat Di malam syahdu ku bermunajat Bersama solat tahajjud, hajat, dan taubat Disusuli witir 3 rakaat Memohon pada Tuhan sekalian Zat Agar hidup dgn penuh berkat
Kini Sebulan berlalu bulan yg suci Ramadhan kan pergi, Syawal berganti
Tuhan Beri ku kekuatan Moga kan ku temu semula Ramadhan Moga kan ku temu bulan suci Bulan yg tersimpan segala keberkatan Moga dapat ku teruskan ibadat Di bulan suci yang berkat
Perbincangan terakhir sblom persembahan. Seriusnye!!!!
Sempat lg posing kat kamera....
Gamba dr jauh plk
Hah, tgk2. Mane tau tersalah formation
Discuss2.....
Weh, solo. Nyanyila...
Izhar, ko tgk ape tu????
Hadui mak.. Penatnyer.....
Oi, ni nk nasyid ke nk tangkap pix??
Peristiwa yg sempat dirakamkan sblm 2 persembahan nasyid di Machang dan di Bachok. Hadoi, budak2 ni. Sempat lg posing kat kamera?
Kumpulan kami diberi nama Shoutul Aman. Diambil dr nama sekolah kami, MTS Nurul Aman. Aku pun turut menyumbang suaraku yg sumbang gak dlm team ni. Hehehe....
Kumpulan ini ditubuhkan pd bln Januari 2008 untuk menyrtai pertandingan nasyid sekolah2 YIK peringkat zon. Yg bestnyer, baru 10 hari berlatih, dah bleh jd juara. Isy3. Ini semua atas hasil jasa Ust Isma yg tlah bertungkus lumus dan berhabis fulus nak latih kitorg. Mane Ust Isma. Tunjuk sket.....
Haha.. ni dier. Aku cilok dr fs Ust Isma.
So, klu ade ape2 nk tau pasal nasyid ni sila hubungi Ust Isma 0139404046 atau 0129399290
Muhammad Nazrul Hakim is the name given by my mom n my dad since I was born at 27 Feb 1995. Studying at sum boarding school n dreams to be a Lawyer at future. Love 2 fwenz wif everyone. Single but taken. Hahaha Wanna know about me? Pliz addd me @ nazrul_nazir@yahoo.com (ms,fb,fs,ym)