Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia kpd sume pembaca blog ni. Terimak kasehhh krn sudi mlawat blog nieyhhh. Blog nieyh merupakan pandangan peribadi aku. Xde kne mngene ngan sesape. Harap sudi bce blog nieyh.. Klu korg nk chat, tkn kat gamba katun tgh tuu. K, slmt membaca.:-P
Sedikit rujukan
Klik gambar kartun diatas utk:
Gambar pertama: Blog
Gambar kedua : Profile
Gambar ketiga : Chatbox
Gambar keempat: Link
Gambar kelima : X yah tekan pown x per
Pejam celik pejam celik, dah msok bln Zulhijjah da kita. Ni bermakna da nk msok akhir thn. Dan mimpi ngeri aku dh nak mula. PMR taon dpn. Ahhhhh!!!!
Hari ni, bertarikh 9 Zulhijjah, merupakan hari yg penting bg mereka yg gi buat Haji. Hari wukuf. Wukuf ni dlm segi bahasanye bermaksud berhenti. Kalau dr segi istilahnye pulak ialah berhenti (duduk) di Pdg Arafah selama 1 hari pd 9 Zulhijjah. Ni salah satu dr rukun haji ni. Klu x tau ni, haji kowank kire x betol la.
Pada hari ni gak disunatkan puasa bg owank yg x gi haji. Ada byk fadhilat die. Cube baca hadis di bwh ni. Mls nk cerita panjang.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -
Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ....Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Akhir kata, Salam Aidul Adha dan buat yg pergi Haji, moga mendapat Haji Mabrur
Ok, ceritanyer, first mak ayah aku nak gi Kolumpo. Pergi beli henset. Tujuan aslnyer nak belikan henset utk adik aku yg masih lg bersedih krn result UPSR nye (x leh gitaw dpt brape. Kang die marah). Alang2 aku ade mak ayah aku pown decide nk belikan skali henset aku.
Dlm kereta tu aku rase syok sangat. Memang aku idamkan ar henset mahal ni. Dlm otak aku ni dok mikir la henset aku nanti. Sony Ericcson W595. Syoknye.
Tiba2, baru aku teringat. Masa kat umah td, ayah aku dah tetapkan harga la plak. Die kate bleh beli henset bwh RM 400. Aku pown mulela pening. Ye ar, henset ape yg best bwh 300. X kan henset second hand kowt. Abah, you spoiled my mood betol la.
Sampai kat Pertama Complex, kitowank pown pergilah menuju ke kedai henset. Aku pown usha2 ar mane henset yg sedap. Dia punye salesman (salesgirl sebenarnye) offer ar kat aku henset Sony Ericcson S312. Aku tgk sedap jer henset tu. Lagipun bawah Rm 400. Maka tanpa pikir panjang aku pown terusla beli henset tu. Adek aku plak dpt henset Sony Ericcson W302.
Kowank rase ok ke henset Sony Erriccson S312 tu? Aku tgk cam sakai jerk. Tapi kira ok gak ar. Drpd henset burok tu, bek henset ni. Ape2 pown aku bersyukur sgt ayah ngan mak aku nk belikan henset. Klu nk kumpul s'diri, tunggu Form 5 kowt baru bole. Bukan ape, psl aku ni kedekut sket (mengaku pown. Hahaha).
Sape2 nk komen? Silakan
p/s: Henset ni sementara jerk. Doakan ar aku boleh 9A thn depan. Boleh beli henset baru. Hehehe.
Pagi tadi aku gi hospital. Biase ar, da sminggu kuar wad mesti ar ade appointment. Klu x camne nk sembuh dak?
Alhamdulillah. Doktor kata kaki aku dh smakin elok. Tak sie2 aku mkn ubat, berpantang mkn, dan x berjalan sminggu ni. Cume doktor kate luka tu xtau brape lame lg nk kene tutup.
Saturday, November 21, 2009 \\ Sensitif ar ko ni.........
Kali ni aku nk ulas psl budaya kita masyarakat Melayu yg so sensitif dan terlalu lembut. Ye ar, budaya masyarakat kita (mujur aku ade darah Jawa sket) yg terlalu lemah lembut. Thanks to motivator merangkap ayah aku yg bg ide kat aku nk tulis artikel ni.
Yg aku tau, org Melayu ni mmg sensitif, especially pompuan (to pompuan, jg marah ye....). Tgk sendiri ar, beza kita dgn org Arab. Org Melayu kita klu tegur ksalahan sket da mula x puas ati, klu bercakap kene lembut, klu nk tego kene berkias, klu marah sket trus terase. Buktinya, kalu rasuah x leh ckp rasuah, kne gune p'kataan 'politik wang',padahal sama jerk. Ni ar budaya org Melayu (ckp jerk, aku pown same).
Beza ngan org Arab. Orang Arab klu kite buat salah sket, mau di'sound'nyer kat situ. Sound plak bahasenye jgn cerita la. Ya Rabbi, kasar yang amat. Tapi aku tak pernah plak dengar org Arab terasa psl kene tegor. Diorg biasa jerk.
Perkara ni pernah disentuh oleh novelis Ust A.Ubaidillah Alias dlm novelnya bertajuk 'Mengintai Cinta Khalifah'. Orang Arab digambarkan sebagai berani kerana benar. Selagi perkara yg ditegur itu adalah kerana Allah, mereka x amek kisah. Ni budaya yg bagos ni.
Sepatutnyer kite org Melayu kne ubah sket stail kite. Kalau berlembut jerk, sampai mampos x maju. Ubah sket. Jadi la bangsa yg brani membuat prubahan dan brani menegur krn benar.
Sape kata hukum hudud zalim? Bagi aku 3 bukti kata hukum hudud zalim. Mana ada. Sukati mak bapak tiri korang jer nak kata camtu. Meh sini baca artikel ni.
Catatan ini mungkin akan membuka mata orang yg menentang hudud ni. Kalau korang rasa hukum bunuh dgn pancung lebih zalim drpd gantung (spt di Malaysia), atau cucuk racun (spt di AS), atau tembak (spt di Indonesia), baca fakta ni. Menurut fakta sains dr seorg Prof yg aku pun x tau ape name die, pada badan kita terdapat jutaan saraf deria yg bersambung pada satu pusat yg dipanggil spinal cord. Saluran spinal cord inilah yg akan bersambung dengan otak. Apabila otak mati, jantung konfirm mati. Tapi,kalau jantung mati,otak masih berfungsi,msh ada harapan seseorang itu untuk hidup. Sbb tu doktor ada alat utk aktifkan blk jantung yg sdh berhenti berdenyut. Hudud dilakukan dengan memancung pesalah..kenapa? Tujuannya supaya mempercepatkan masa kematian dan mengurangkan kesakitan pada pesalah. Bukankah ini x menyiksa pesalah tersebut?. Aim utama hukuman ni adalah utk memutuskan saluran spinal cord tadi,lalu terus mematikan otak. Sebab bila otak mati,konfirm jantung berhenti berfungsi (Sumber klik sini).
Daripada cara2 hukuman lain, sudah komfom terang lagi bersuluh ni lah cara yg lebih baik dari tembak, gantung, cucuk dgn racun, atau lg satu kejutan elektrik (China pakai ni). Cara2 itu memang sesungguhynya menyiksa pesalah tersebut ketika sedang menghadapi sakaratul maut.
Macam mana? Masih x percaya hudud? Baca fakta ni pulak...
Hukuman sebat yg dikenakan ke atas penzina ghaira mukhsan (yg belum pernah nikah lagi) mempunyai faedahnya yg tersendiri. Perlu diingatkan bahawa hukuman sebat dlm Islam ialah dgn cara sebat dekat tulang belakang dan x boleh angkat ketiak. Apa kaitannya dgn penzina?
Menurut seorang novelis yg juga seorang bekas guru di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, A. Ubaidillah Alias, di dlm badan kita terdapat sel darah putih atau bahasa sainsnya Limfosit yg membentuk antibodi utk melawan penyakit. Sel darah putih ni berpusat di belakang badan kita (atau lebih tepat lg di tulang belakang), apabila sebatan dilakukan ke atas penzina, secara x langsung sel2 td akan keluar lalu melawan kuman yg ada di dlm badan. Ini juga secara tidak langsung boleh mengelakkan pelbagai penyakit seperti HIV/AIDS, penyakit kelamin, dan sebagainya.
Jelas dan terbukti, hukum hudud bukanlah hukum yg zalim, sebaliknya mempunyai banyak hikmah yg tersirat di sebaliknya. Apa yg pasti, segala perintah Allah memang merupakan yg terbaik bg manusia, kerana hanya pencipta sahaja yg boleh mengatasi masalah barang yg diciptanya. Jadi, siapa kita nk tentang hukum hudud? Siapa kita nak kata hukum Allah tu zalim?
Kui,kui,kui. Tergelak aku dengar berita Dun Kota Siputeh diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Nampaknya tebal seinci muka ahli2 'Barua Najib'(BN) dengar berita ni. Hari tu sibuk diorang dok pertahankan ADUN pemalas diorang yang tak hadir 2 sidang berturut-turut tu. Malah 'Orang #2' BN merangkap TPM kita tu sampai melenting dibuatnya. Sekarang, kan malu sendiri.
Nampaknya mahkamah sudah mula berpihak kepada keadilan. Ini baru betul2 mahkamah. Bukan mahkamah ciptaan VK Linggam yg sampai sekarang hilang entah ke mana. Lepas ni BN gigit kuku lah jawabnya. Bila kapal dah bocor sangat, pertahanlah macam mana pun, esok lusa mesti karam.
La ni dgr cerita SPR tak nak buat pilihanraya kat situ. Katanya nak mintak nasihat Peguam Negara(AG). (Sumber klik sini). Ni lagi satu masalah. SPR ni tukang buat pilihanraya ke tukang kacau pilihanraya. Nampak sangat SPR ni kuda tunggangan BN. Kan dah terang lagi bersuluh hakim kata kerusi tu kosong. Dah kosong tu kosong je la. Nak semak buat ape???Sape lagi berkuasa? Hakim ke Peguam Negara????
Walau apapun, syabas buat Speaker DUN Kedah Dr Isa dan peguamnya Sulaiman Abdullah yang berjaya mempertahankan kebenaran berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah(UUTKNK). Ingatlah, yg hak akan selalu berjaya dan yg batil akan sentiasa garu kepala.
Buat PAS Kedah, siap sedia untuk menyahut seruan jihad merampas kerusi Kota Siputeh dari BN. Jangan jadikan propaganda media ciptaan BN sebagai dinding menghalang kejayaan.
Jom orang Kedah. Mai kita turun ramai2 bantu rampas Kota Siputeh dari BN.
Tuesday, November 17, 2009 \\ Jgn ambil mudah pasal luka
Kisah benar seorang Hamba Allah yg baru shj selesai menjalani pembedahan potong luka di KPJ Kajang Specialist Hospital 5 hari yg lalu.
Kisahnya bermula.....
Pada tanggal 28 Okt jam 0530am, sedang sibuk aku berlari menuju ke kantin, tiba tiba...
"Aduh"
Aku menyelak sedikit kain pelekatku. Baru sebentar tadi, nyaris-nyaris wajahku mencium lantai simen kantin MTS Nurul Aman setelah kakiku terlanggar sebuah pasu yg diperbuat dari konkrit. Kaki kiriku berdarah.
"Ahh, biarlah! Lepas ni keringlah darah tu." aku bermonolog
Selepas selesai menjamu sarapan mee goreng, aku berlari menuju ke asrama. Tanpa membuang masa, aku mengambil alat-alat mandi beserta kapas lalu menuju ke tandas. Lalu aku cuci luka tadi dengan air mengalir. Setelah selesai mandi aku terus balik ke asrama untuk bersiap sebelum ke sekolah.
"Kau x balut ke luka tu, Nazrul?" tanya salah seorg rakanku.
"Biar je." jawabku dgn tenang. ..................................................................................... 4 hari selepas itu, jam 2230pm...
"Ahh, pedihnya luka aku." aku mengaduh kesakitan. Lalu seorang rakan datang menuju ke arahku.
"Apasal, Nazrul?"
"Luka aku, pedih gila. Rasa mcm terbakar."
Sahabatku td terus meletakkan belakang tangannya di dahiku.
"Kau demamla. Aku rasa baik ko pergi hospital esok."
"Tengokla, kalu esok sakit lg." jawabku acuh x acuh. ..................................................................................... Esoknya, jam 1030am, di Hospital Machang.
"Adik ni dah kena jangkitan kuman ni" kata Doktor selepas melihat kakiku yg semakin membengkak.
"Habis tu camne doktor?"
"Saya bg antibiotik, habiskan. Lepas tu, jgn men lasak2 dlm 2 minggu ni. Takut jd makin teruk. Klu teruk dtg sini balik." ..................................................................................... 7 Nov, jam 1800pm
"Ko pergi main bola?" sahabatku memulakan bicara.
"A'ah, nape?"
"Kan doktor kata jgn men bola. Luka tu x elok lg"
"Ala, rilekla. Bkn ade pape pown" ..................................................................................... 10 Nov, jam 1550pm, Hospital Machang,
"Luka adik dah teruk ni. Dah jadi bisul. Kena buat pembedahan nk buang luka ni." Kata-kata doktor mencuakkan perasaan aku.
"Abis tu, camne doktor? Tkkan kaki saya nk kene potong? Klu kene bedah sy nk buat kat KL. Boleh?"tanyaku. Sedikit keresahan terpamir di wajahku.Doktor td tersenyum.
"Bukan potong kaki, yg bisul tu je. Camnilah, sy bg surat rujukan, adik balik KL buat operation kat sana. Tp dlm masa 2 hari ni je. Klu 3 hari sy x brani nk bg. Pasal luka adik tu dah bengkak besar. Sementara tu adik pergi ambik darah dgn buat x ray dulu." ..................................................................................... 12 Nov. jam 0930am, KPJ Kajang Specialist Hospital.
"Ok, kita akan buat pembedahan petang ni, jam 1630pm." kata doktor itu. Terpamir di tanda namanya, 'Dr Surendra' ..................................................................................... Nak dijadikan cerita, maka Hamba Allah td pun dibedah dan lukanya dipotong(mujur bukan satu kaki). Kini, dia sudah kembali normal dan dibenarkan pulang selepas 5 hari ditahan di wad.
Walaubagaimanapun, dia bersyukur kerana dia dapat melihat sendiri lukanya dipotong kerana hanya dibius separuh badan sahaja(maknanya kaki je tak rasa sakit). Ini merupakan pengalaman pertama kali dia melihat secara live operasi pembedahan dan dia sendiri menjadi pesakitnya. Dia juga bersyukur kerana dapat bertindak lebih awal sebelum kakinya menjadi gangren.
Muhammad Nazrul Hakim is the name given by my mom n my dad since I was born at 27 Feb 1995. Studying at sum boarding school n dreams to be a Lawyer at future. Love 2 fwenz wif everyone. Single but taken. Hahaha Wanna know about me? Pliz addd me @ nazrul_nazir@yahoo.com (ms,fb,fs,ym)