Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia kpd sume pembaca blog ni. Terimak kasehhh krn sudi mlawat blog nieyhhh. Blog nieyh merupakan pandangan peribadi aku. Xde kne mngene ngan sesape. Harap sudi bce blog nieyh.. Klu korg nk chat, tkn kat gamba katun tgh tuu. K, slmt membaca.:-P
Sedikit rujukan
Klik gambar kartun diatas utk:
Gambar pertama: Blog
Gambar kedua : Profile
Gambar ketiga : Chatbox
Gambar keempat: Link
Gambar kelima : X yah tekan pown x per
Kisah benar seorang Hamba Allah yg baru shj selesai menjalani pembedahan potong luka di KPJ Kajang Specialist Hospital 5 hari yg lalu.
Kisahnya bermula.....
Pada tanggal 28 Okt jam 0530am, sedang sibuk aku berlari menuju ke kantin, tiba tiba...
"Aduh"
Aku menyelak sedikit kain pelekatku. Baru sebentar tadi, nyaris-nyaris wajahku mencium lantai simen kantin MTS Nurul Aman setelah kakiku terlanggar sebuah pasu yg diperbuat dari konkrit. Kaki kiriku berdarah.
"Ahh, biarlah! Lepas ni keringlah darah tu." aku bermonolog
Selepas selesai menjamu sarapan mee goreng, aku berlari menuju ke asrama. Tanpa membuang masa, aku mengambil alat-alat mandi beserta kapas lalu menuju ke tandas. Lalu aku cuci luka tadi dengan air mengalir. Setelah selesai mandi aku terus balik ke asrama untuk bersiap sebelum ke sekolah.
"Kau x balut ke luka tu, Nazrul?" tanya salah seorg rakanku.
"Biar je." jawabku dgn tenang.
.....................................................................................
4 hari selepas itu, jam 2230pm...
"Ahh, pedihnya luka aku." aku mengaduh kesakitan. Lalu seorang rakan datang menuju ke arahku.
"Apasal, Nazrul?"
"Luka aku, pedih gila. Rasa mcm terbakar."
Sahabatku td terus meletakkan belakang tangannya di dahiku.
"Kau demamla. Aku rasa baik ko pergi hospital esok."
"Tengokla, kalu esok sakit lg." jawabku acuh x acuh.
.....................................................................................
Esoknya, jam 1030am, di Hospital Machang.
"Adik ni dah kena jangkitan kuman ni" kata Doktor selepas melihat kakiku yg semakin membengkak.
"Habis tu camne doktor?"
"Saya bg antibiotik, habiskan. Lepas tu, jgn men lasak2 dlm 2 minggu ni. Takut jd makin teruk. Klu teruk dtg sini balik."
.....................................................................................
7 Nov, jam 1800pm
"Ko pergi main bola?" sahabatku memulakan bicara.
"A'ah, nape?"
"Kan doktor kata jgn men bola. Luka tu x elok lg"
"Ala, rilekla. Bkn ade pape pown"
.....................................................................................
10 Nov, jam 1550pm, Hospital Machang,
"Luka adik dah teruk ni. Dah jadi bisul. Kena buat pembedahan nk buang luka ni." Kata-kata doktor mencuakkan perasaan aku.
"Abis tu, camne doktor? Tkkan kaki saya nk kene potong? Klu kene bedah sy nk buat kat KL. Boleh?"tanyaku. Sedikit keresahan terpamir di wajahku.Doktor td tersenyum.
"Bukan potong kaki, yg bisul tu je. Camnilah, sy bg surat rujukan, adik balik KL buat operation kat sana. Tp dlm masa 2 hari ni je. Klu 3 hari sy x brani nk bg. Pasal luka adik tu dah bengkak besar. Sementara tu adik pergi ambik darah dgn buat x ray dulu."
.....................................................................................
12 Nov. jam 0930am, KPJ Kajang Specialist Hospital.
"Ok, kita akan buat pembedahan petang ni, jam 1630pm." kata doktor itu. Terpamir di tanda namanya, 'Dr Surendra'
.....................................................................................
Nak dijadikan cerita, maka Hamba Allah td pun dibedah dan lukanya dipotong(mujur bukan satu kaki). Kini, dia sudah kembali normal dan dibenarkan pulang selepas 5 hari ditahan di wad.
Walaubagaimanapun, dia bersyukur kerana dia dapat melihat sendiri lukanya dipotong kerana hanya dibius separuh badan sahaja(maknanya kaki je tak rasa sakit). Ini merupakan pengalaman pertama kali dia melihat secara live operasi pembedahan dan dia sendiri menjadi pesakitnya. Dia juga bersyukur kerana dapat bertindak lebih awal sebelum kakinya menjadi gangren.
Agak2, sape Hamba Allah tu ye?????
Labels: Diriku, Kehidupan
at {Tuesday, November 17, 2009}
Muhammad Nazrul Hakim is the name given by my mom n my dad since I was born at 27 Feb 1995. Studying at sum boarding school n dreams to be a Lawyer at future. Love 2 fwenz wif everyone. Single but taken. Hahaha
Wanna know about me?
Pliz addd me @ nazrul_nazir@yahoo.com (ms,fb,fs,ym)